Putih Kemboja

Pengarah : Pali Yahya
Pelakon : Fauziah Nawi, Sura Sojangi, Hafiz Halim, Adik Qistina dan Ezrin Loy

Zaleha tidak dapat menerima perkahwinan Dahlia dan Arman, seorang penagih dadah, lalu mereka dihalau dari rumah. Dahlia dan Arman telah dikurniakan zuriat bernama Amira. Setelah Arman meninggal dunia akibat HIV, Amira telah dipelihara oleh Zaleha. Sejak kehadiran Amira, perniagaan kuih muih Zaleha telah dipulau oleh penduduk kampung. Mereka menganggap Zaleha telah membawa wabak HIV.