Syarat-Syarat Pertandingan


Syarat Kuiz Terkumpul

Untuk menyertai KUIZ TERKUMPUL Tribute P.Ramlee peserta perlu menonton telefilem Tribute P.Ramlee yang akan bermula 15 Oktober 2016, setiap Sabtu, pukul 9.00 malam di TV1. Satu soalan akan disiarkan pada akhir setiap episod.


Kumpulkan kesemua 16 jawapan iaitu satu (1) jawapan untuk setiap telefilem dan hantarkan kepada kami pada atau selewat-lewatnya seminggu selepas telefilem terakhir (ke-16) disiarkan.


Hantarkan swafoto (selfie) paling kreatif berlatarkan setiap telefilem yang anda tonton


Cipta satu (1) slogan menarik


SLOGAN :


Saya suka menonton telefilem Tribute P.Ramlee kerana………………………………………
(Tidak melebihi 15 patah perkataan)

Hantarkan 16 jawapan beserta slogan dan 16 swafoto (selfie) paling kreatif bagi setiap telefilem, Nama, Nombor IC, Alamat dan Nombor Telefon ke emel tributepramlee@rtm.gov.my


Subjek/Tajuk : Kuiz Terkumpul Tribute P.Ramlee


Hadiah-hadiah menarik menanti anda…


Terma & Syarat Kuiz Tribute P.Ramlee:


1. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.


2. Tarikh akhir menghantar jawapan kuiz adalah pada seminggu selepas Telefilem terakhir (ke-16) disiarkan


3. Pemenang akan dihubungi oleh pihak RTM melalui telefon dan emel rasmi.


4. Keputusan oleh panel pemilihan pemenang adalah muktamad.