Syarat-Syarat Pertandingan


Syarat Kuiz Mingguan

Untuk menyertai KUIZ MINGGUAN Tribute P.Ramlee peserta perlu menonton telefilem Tribute P.Ramlee yang akan bermula 15 Oktober 2016, setiap Sabtu, pukul 9.00 malam di TV1. Satu soalan akan disiarkan pada akhir setiap episod


Hantarkan satu (1) jawapan untuk setiap telefilem dan hantarkan kepada kami pada SEHARI SELEPAS SIARAN, SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAH MALAM


Hantarkan swafoto (selfie) paling kreatif berlatarkan telefilem yang anda tonton setiap minggu


Hantarkan jawapan beserta swafoto (selfie) paling kreatif berlatarkan telefilem, Nama, Nombor IC, Alamat dan Nombor Telefon ke emel tributepramlee@rtm.gov.my


Hantarkan jawapan anda sebelum pukul 12 tengah malam hari berikutnya.


Subjek/Tajuk : Kuiz Mingguan Tribute P.Ramlee


Tiga hadiah menarik disediakan bagi pemenang-pemenang KUIZ MINGGUAN


Terma & Syarat Kuiz Tribute P.Ramlee:


1. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.


2. Tarikh akhir menghantar jawapan kuiz mingguan adalah SEHARI SELEPAS SIARAN, SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAH MALAM


3. Pemenang Kuiz Mingguan akan diumumkan melalui rerayap yang akan disiarkan pada minggu berikutnya semasa siaran telefilem Tribute P.Ramlee di TV1 dan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia hari Ahad.


4. Pemenang akan dihubungi oleh pihak RTM melalui telefon dan emel rasmi


5. Keputusan oleh panel pemilihan pemenang adalah muktamad.